SEGA telah mengumumkan yang permainan Sonic Rumble akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2025 untuk PC melalui Steam dan juga Google Play Games dan untuk iOS serta Android.
Ia merupakan permainan multi-pemain seperti Fall Guys, di mana pemain akan bertempur dengan 31 pemain lain untuk menjadi juara dengan melalui pelbagai peringkat berbeza.
Mereka juga mengumumkan pengenalan tatamain baharu iaitu Skills yang boleh digunakan untuk memberi cara berbeza untuk melalui sesuatu halangan. Setiap watak akan mempunyai kemahiran tersendiri dan terdapat juga slot untuk kemahiran tambahan.
Selain itu, permainan ini juga akan menerima mod Squad Battles untuk membolehkan pemain melalui halangan-halangan ini secara berkumpulan bersama rakan.