Skip to main content

Ketika acara Star Wars Celebration 2025 di Tokyo, EA telah mengumumkan permainan baharu berdasarkan Star Wars oleh mereka iaitu Star Wars Zero Company yang akan dibangunkan oleh Bit Reactor dengan kerjasama bersama Respawn Entertainment dan juga Lucasfilm Games.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Walaupun melibatkan Respawn Entertainment, permainan ini tidak seperti siri Star Wars Jedi sebaliknya menyertakan tatamain strategi mengikut turutan seperti XCOM. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Hawks iaitu bekas pengawal Republic yang kini mengetuai Zero Company yang boleh dikatakan sebagai tentera upahan.

Bit Reactor merupakan studio yang ditubuhkan oleh bekas pembangun XCOM termasuk juga Greg Foertsch iaitu bekas Pengarah Seni Kanan Firaxis yang terlibat dengan permainan seperti Civilization, XCOM: Enemy Unknowns, XCOM 2.

Star Wars Zero Company akan dilancarkan pada tahun 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply