Skip to main content

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim telah meluangkan masanya untuk menghadiri hari pertama kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim ke-15 pada hari Sabtu lepas.

Selain melihat perlawanan yang berlangsung, beliau juga bersama dengan wakil daripada Selangor Red Giants dan OG Esports melakukan sidang media bersama untuk bercakap mengenai “Masa Depan Esukan di Malaysia”.

Adam Adli mengatakan yang kerjasama di antara SRG dan OG ini adalah antara contoh yang baik bagaimana perkembangan esukan tempatan boleh mencapai tahap antarabangsa, dan berharap ia dapat mengembangkan lagi esukan di Malaysia.

Semasa sidang media ini, kami telah mengajukan soalan kepada Adam Adli menanyakan kemungkinan untuk Kementerian Belia dan Sukan menggunakan dana daripada belanjawan untuk esukan bagi menambah prize pool untuk kejohanan-kejohanan tempatan seperti MPL.

Beliau mengatakan yang untuk menggunakan dana tersebut bagi prize pool akan memerlukan perubahan polisi, oleh itu kementerian tidak melihat untuk menyokong esukan melalui sumbangan hadiah, tetapi lebih kepada membantu di dalam penganjuran kejohanan-kejohanan tempatan di-luar kalendar penerbit.

Seterusnya, kementerian juga akan lebih memfokuskan pembangunan grassroot kerana tanggungjawab kementerian adalah memastikan perkembangan esukan berbanding memberikan ganjaran.

Sebagai contoh, tahun ini kamu sudah hadir dengan belanjawan tahunan untuk esukan dengan sebahagiannya akan digunakan untuk menyediakan fasiliti seperti arena baharu untuk esukan yang dijangkakan mula dibuka pada tahun hadapan.

Leave a Reply