Skip to main content

10 Chambers iaitu studio permainan video yang sebelum ini hadir dengan permainan GTFO telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri dokumentari iaitu Do The Game yang akan memperlihatkan realiti pembangunan Den of Wolvers iaitu permainan yang sedang dibangunkan oleh mereka.

Mereka juga berkongsi video acah untuk dokumentari ini yang anda boleh tonton di bawah.

Siri ini akan memfokuskan kepada 10 pembangun yang terlibat dengan pembangunan permainan ini menghadapi pelbagai masalah seperti kewangan dan juga masalah peribadi. Ia akan disampaikan melalui video-video yang tidak mengikut skrip dan memperlihatkan keadaan sebenar pembangunan.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila siri ini akan mula disiarkan tetapi anda boleh layari laman rasmi untuknya jika ingin maklumat lanjut.

Den of Wolves merupakan permainan koperasi merompak oleh pasukan pembangun yang pernah terlibat dengan permainan PAYDAY. Buat masa ini ia masih tidak mempunyai tarikh pelancaran.

Leave a Reply