POCO F7 Ultra merupakan peranti mercu terbaru oleh POCO yang dilancarkan pada bulan Mac lepas. Melihat kepada spesifikasi, menggunakan skrin 6.67-inci, AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite, 16GB RAM, 512GB storan, bateri sebesar 5300 mAh dan pengecasan pantas sehingga 120W.

Tidak cukup dengan itu, POCO F7 Ultra bagi spesifikasi tertinggi ini ditawarkan dengan harga RM3,299 sahaja yang sangat kompetitif jika ingin dibandingkan dengan telefon-telefon mercu yang lain di pasaran. Berdasarkan spesifikasi dan harga, tidak boleh dipersoalkan lagi yang POCO F7 Ultra merupakan antara peranti terbaik yang anda boleh dapatkan sekarang untuk bermain permainan mudah alih.
Namun, ia tidak berakhir setakat itu sahaja, kerana POCO F7 Ultra juga menyertakan perisian yang mempunyai beberapa tetapan untuk mempertingkatkan lagi pengalaman bermain permainan mudah alih termasuk juga sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh telefon-telefon lain termasuk juga di dalam kategori peranti mercu.

Melalui artikel ini saya akan berkongsi lima tetapan yang tersedia di dalam POCO F7 Ultra untuk mempertingkatkan pengalaman bermain permainan mudah alih, sebagai contoh saya akan menggunakan permainan oleh HoYoverse iaitu Genshin Impact.
Wildboost Optimization 4.0
Mod Wildboost merupakan tetapan yang boleh dibuka oleh pengguna untuk mempertingkatkan prestasi mana-mana permainan mudah alih. Saya boleh membuka tetapan ini dengan menatar bahagian penjuru atas kanan semasa membuka permainan mudah alih untuk membuka Game Turbo, tekan Gaming Mode dan memilih mod ini.

Melalui penggunaan mod ini, ia akan memastikan pemprosesan telefon ini memberi keutamaan untuk menjalankan permainan mudah alih, ini akan memastikan mendapat prestasi yang terbaik. Walaupun menggunakan tetapan ini, saya dapati yang suhu telefon tidak terlalu panas walaupun bermain untuk satu tempoh yang lama.
2K Super Resolution
Merasakan resolusi sesuatu permainan rendah walaupun sudah menggunakan tetapan tertinggi? Fungsi 2K Super Resolution yang disertakan di dalam telefon ini boleh mempertingkatkan kualiti gambar termasuk juga melebihi daripada tetapan dalaman untuk sesuatu permainan.
Bagi menggunakan fungsi ini, saya hanya perlu menetapkan resolusi dalaman telefon kepada WQHD+, buka permainan, mengakses Game Turbo di dalam permainan, buka Wildboost, manakala di tetapan Custom Performance saya hanya perlu memilih Super Resolution.

Bagi permainan seperti Genshin Impact saya juga boleh membuka aplikasi Game Turbo dan mencari tetapan khusus untuk Genshin Impact dan melalui tetapan Custom Resolution saya boleh memilih ‘Max’ yang akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik.
Melalui tetapan ini, kualiti untuk watak, tekstur dan juga persekitaran kelihatan lebih tajam dan kurangnya bahagian-bahagian yang kelihatan kabur.
120FPS Smart Frame Rate
Walaupun kebanyakan telefon mercu termasuk juga POCO F7 Ultra menyertakan skrin yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, tetapi tidak kesemua permainan mudah alih menyokong kadar kelancaran sehingga 120FPS. Ada juga permainan seperti Genshin Impact yang fungsi 120FPS hanya terhad kepada peranti-peranti tertentu sahaja.

Melalui tetapan Smart Frame Rate, saya boleh mempertingkatkan kadar kelancaran mana-mana permainan kepada 120FPS, termasuk juga Genshin Impact. Ini membolehkan saya untuk bermain permainan tersebut dengan kadar kelancaran lebih tinggi walaupun permainan itu sendiri tidak menyertakannya.
Bagi membuka tetapan ini, saya hanya perlu mengakses Game Turbo semasa permainan mudah alih dibuka, membuka Wild Boost, pilih tetapan ‘Custom Performance’, tekan ‘Enhanced Visuals’ dan membuka tetapan ‘Smart Frame Rate’. Satu tetapan yang mudah untuk menjadikan prestasi yang lebih baik termasuk juga berbanding konsol dan PC yang masih terhad dengan 60FPS.
Game HDR
Tidak cukup dengan resolusi lebih tinggi dan kadar kelancaran 120FPS, saya juga boleh menambah-baik lagi kualiti gambar dengan membuka tetapan Game HDR. HDR merupakan tetapan yang boleh dikatakan wajib di dalam permainan-permainan konsol dan juga PC, tetapi masih tidak banyak permainan mudah alih yang menyokong teknologi ini. Ia dapat membantu untuk menjadikan warna gambar lebih cantik dan warna hitam yang lebih mendalam.

Dengan menggunakan tetapan Game HDR yang saya boleh akses melalui Game Turbo di dalam permainan, tetapan Enhanced Visual dan di Visual Style saya boleh memilih Game HDR untuk mempertingkatkan kualiti gambar tanpa perlu apa-apa kemaskini ataupun campur tangan daripada pembangun.
Immersive Sound
Empat tetapan sebelum ini lebih memfokuskan kepada prestasi dan grafik, selain daripada itu terdapat juga tetapan untuk audio. Melalui tetapan di dalam Game Turbo, Performance Setting dan Game Audio saya boleh memilih untuk membuka Immersive Sound yang akan mempertingkatkan kesan bunyi seperti bunyi tapak kaki dan suara yang menjadikan permainan lebih immersive.
Buat masa ini, fungsi ini hanya menyokong permainan-permainan seperti PUBG Mobile, Call of Duty Mobile, Arena of Valor, Honor of Kings, dan juga Genshin Impact.


Saya dapat membuka kelima-lima tetapan yang saya nyatakan di atas semasa bermain Genshin Impact dan saya dapat melihat kelebihan yang dibawa tetapi tanpa sebarang kesan negatif, telefon tidak panas walaupun saya bermain untuk tiga jam berturut-turut, kesan kepada bateri ada tetapi dengan pengecasan pantas ia tidak menjadi masalah yang besar untuk saya. Oleh itu saya boleh katakan walaupun melalui spesifikasi sahaja POCO F7 Ultra cukup untuk menjadikannya antara telefon terbaik untuk bermain permainan mudah alih, ditambah lagi dengan tetapan-tetapan ini, ia berada di satu tahap yang tersendiri.
POCO F7 Ultra kini boleh dibeli melalui gedung rasmi POCO di Lazada ataupun laman Mi.com dengan harga seperti berikut:
- 12+256GB: RM2,999
- 16+512GB: RM3,299
Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh POCO.