Skip to main content

Peminat-peminat permainan Capcom kini boleh mula mengunjungi Capcom Pop Up Store yang bermula hari ini dibuka untuk pengunjung di LaLaport BBCC. Kemasukan adalah percuma dan anda mungkin perlu beratur jika terdapat ramai pengunjung.

Acara selama empat hari ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan eksklusif berdasarkan beberapa permainan Capcom seperti Monster Hunter Wilds, Street Fighter 6, Megaman dan Ace Attorney. Barangan yang disediakan adalah seperti keychain, tshirt, figura, pelbagai jenis aksesori dan pelbagai lagi dengan harga bermula RM20 sehinggalah ratusan ringgit.

Selain itu, terdapat juga beberapa buat PlayStation 5 jika pengunjung ingin mencuba Monster Hunter Wilds. Terdapat juga pelbagai hiasan untuk pengunjung bergambar. Dari semasa ke semasa terdapat juga pengunjung yang datang dengan cosplay berdasarkan watak-watak Capcom.

Kedai dan acara ini dianjurkan oleh Justdan dengan sokongan Visit Malaysia 2026. Dengan kedai ini dibuka selama 4 hari sahaja, jangan terlepas peluang untuk mengunjunginya. Mereka juga menyediakan promosi iaitu dengan setiap pembelian sekurang-kurangnya RM20, pembeli akan mendapat 10% baucar untuk digunakan di Sony Store, LaLaport BBCC.

Leave a Reply