Skip to main content

Apple Original Films telah berkongsi treler untuk filem seterusnya oleh Guy Ritchie iaitu Fountain of Youth yang akan tiba di Apple TV+ pada 23 Mei 2025.

Fountain of Youth merupakan filem aksi pengembaraan mengenai dua adik beradik lakonan John Krasinski dan Natalie Portman yang bersama untuk mencari Fountain of Youth yang dikatakan boleh memberikan keabadian.

Selain mereka berdua, filem ini juga melibatkan Eiza Gonzalez, Domhnall Glesson, Arian Moayed, Laz Alonso, Carmen Ejogo, dan Stanley Tucci. Diarahkan oleh Guy Ritchie, filem ini ditulis oleh James Vanderbilt.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply