Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali mesra sebagai Pak Lah telah meninggal dunia pada 14 April lepas. Dengan pelbagai jasanya selaku ahli politik dan juga mantan Perdana Menteri, tahukah anda beliau juga mempunyai jasa besar di dalam industri filem negara.
Melalui perkongsian oleh pengarah terkenal Shuhaimi Baba kepada The Malaysian Reserve, jasa terbesar Pak Lah untuk industri filem negara adalah dengan menarik pengharaman filem seram untuk diterbitkan di Malaysia.
“Kami ingin menghasilkan filem seram, akan tetapi terdapat pengharaman yang sudah berlanjutan selama 3-dekad terhadap filem seram – terdapat pelbagai protokol dan juga perlepasan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menghasilkan filem genre ini”
“Selepas pelbagai cadangan dan perbincangan, Perdana Menteri (Pak Lah pada waktu itu) sendiri yang membenarkannya” kata Shuhaimi Baba.
Filem oleh Shuhaimi Baba pada waktu itu adalah Pontianak Harum Sundal Malam yang diterbitkan pada tahun 2004 dan dikatakan sebagai filem seram pertama selepas pengharaman tersebut ditarik. Lebih 20 tahun kemudian, genre filem seram merupakan antara genre utama bagi industri filem negara kita.