Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Forever Skies

Tarikh Pelancaran: 14 April 2025
Platform: PlayStation 5, PC

Permainan ketahanan hidup oleh Far From Home ini boleh dimainkan secara solo ataupun bersama sehingga 3 rakan. Pemain boleh membina, meningkatkan tahap dan juga terbang airship yang juga akan menjadi tempat tinggal untuk anda. Bagi memastikan airship tersebut di dalam keadaan terbaik, pemain juga perlu mencari bahan-bahan di permukaan.

Indiana Jones and the Great Circle

Tarikh Pelancaran: 17 April 2025
Platform: PlayStation 5

Dilancarkan untuk Xbox Series dan PC sahaja sebelum ini, permainan Indiana Jones ini telah menerima pujian daripada pengkritik dan juga pemain dengan menawarkan permainan aksi pengembaraan yang menarik. Ia juga merupakan antara permainan terbaik di Aksiz bagi tahun lepas. Minggu ini, pemain di PS5 juga dapat mencubanya selepas Xbox Game Studios memilih untuk turut melancarkan permainan ini di konsol pesaing.

Mandragora: Whispers of the Witch Tree

Tarikh Pelancaran: 17 April 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Mandragora merupakan permainan aksi RPG side-scroller yang bukan sahaja menyertakan elemen RPG mendalam dengan pelbagai kebolehan boleh digunakan, ia juga mempunyai pelbagai jenis penjahat yang pemain perlu lawan sambil mengikut penceritaan lebih 40 jam. Permainan ini juga mempunyai dunia yang dipenuhi dengan misteri.

Bionic Bay

Tarikh Pelancaran: 17 April 2025
Platform: PlayStation 5, PC

Pemain akan menjadi seorang saintis yang perlu menyelamatkan diri daripada satu dunia biochemical yang dipenuhi dengan pelbagai teknologi, perangkap yang berbahaya dan juga rahsia-rahsia lain. Pemain akan menggunakan alat untuk teleportation bagi melalui sesuatu kawasan dan juga menyelesaikan tekaria-tekaria yang ada.

LUNAR Remastered Collection

Tarikh Pelancaran: 18 April 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Versi olahan semula untuk dua permainan klasik RPG iaitu Lunar: Silver Star Story Complete yang dilancarkan pada tahun 1996 dan juga Lunar 2: Eternal Blue Complete yang tiba dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1998. Permainan ini asalnya dibangunkan oleh Game Arts, dan versi terbaru ini dibangunkan oleh GungHo Online Entertainment yang menyertakan penambah-baikkan untuk grafik, lakonan suara bahasa Inggeris dan juga fungsi-fungsi tambahan.

Leave a Reply