Square Enix telah mengumumkan beberapa permainan mereka akan dilancarkan untuk Nintendo Switch 2 pada tarikh yang sama dengan konsol tersebut dilancarkan iaitu pada 5 Jun 2025.
Final Fantasy VII Remake Integrade merupakan versi penuh untuk permainan olahan semula bagi Final Fantasy VII, ia sudah dilancarkan untuk konsol dan juga PC yang lain sebelum ini. Versi penuh ini juga menyertakan DLC yang dilancarkan untuknya.
Bravely Default Flying Fairy HD Remaster pula versi penambah-baikkan untuk Bravely Default pertama yang dilancarkan pada tahun 2012 untuk Nintendo 3DS dan buat pertama kali akan dilancarkan di konsol tambahan walaupun masih terhad untuk konsol oleh Nintendo. Selain grafik, ia juga menyertakan permainan-mini dan UI baharu dan juga peningkatan Quality of Life.
Nintendo Switch 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun 2025 untuk beberapa pasaran, manakala di Malaysia, ia dijangka tiba seawal bulan Julai ataupun selewat-lewatnya pada bulan September tahun ini.