Skip to main content

CD Projekt Red telah mengumumkan yang Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk Nintendo Switch 2 apabila konsol terbaru oleh Nintendo tersebut dilancarkan pada 5 Jun 2025. Ia akan menerima Cyberpunk 2077: Ultimate Edition yang menyertakan permainan asas bersama dengan satu-satunya DLC untuk permainan ini iaitu Phantom Liberty.

Permainan ini akan menyokong fungsi gryoscope, kawalan pergerakan, skrin sesentuh, dan juga penggunaan tetikus yang disokong oleh Nintendo Switch 2. Menurut mereka, ia adalah pengalaman ‘paling Cyberpunk’ untuk bermain permainan ini.

Pelancaran untuk Nintendo Switch 2 ini agak menarik kerana walaupun Cyberpunk 2077 dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One, akan tetapi DLC Phantom Liberty hanya untuk PS5 dan Xbox Series sahaja. Ini mungkin dengan kata lain boleh mengesahkan yang Nintendo Switch 2 adalah lebih berkuasa berbanding PS4 dan juga mungkin PS4 Pro.

Baca: Ulasan Cyberpunk 2077: Phantom Liberty

Leave a Reply