Apple TV+ telah mengumumkan siri Chief of War akan tiba di platform mereka bermula pada 1 Ogos 2025 untuk dua episod, dengan tujuh lagi episod akan tiba secara mingguan sehingga 19 September 2025. Siri ini melibatkan Jason Momoa yang juga penerbit eksekutif dan penulis.
Siri ini memfokuskan kepada bagaimana penyatuan dan juga penjajahan di Hawai’i dengan Jason Momoa membawa watak Ka’iana iaitu pahlawan tempatan yang cuba menyatukan Hawai’i untuk melawan penjajah. Siri ini juga melibatkan senarai pelakon seperti Luciane Buchanan, Temuera Morrison, Te Ao o Hinepehinga, Cliff Curtis, newcomer Kaina Makua, Moses Goods, Siua Ikale’o, Brandon Finn, James Udom, Mainei Kinimaka dan Te Kohe Tuhaka.
Doug Jung merupakan showrunner untuk siri ini, dengan Justin Chon akan menjadi salah seorang pengarah dan Jason Momoa juga akan mengarah episod terakhir.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+