Skip to main content

Realme hari ini telah mengumumkan pelancaran telefon kelas pertengahan mereka yang baharu iaitu siri Realme 14. Mereka melancarkan dua model bagi siri ini iaitu Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G dengan harga jualan bermula RM1,199.

Realme 14 5G

Realme 14 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.67-inci, AMOLED, sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz dan resolusi 2400 x 1080. DI dalam, ia dikuaskan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4. Ia mempunyai bateri dengan kapasiti 6,000 mAh dan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W.

Ia ditawarkan dua varian iaitu 8GB+256GB dengan harga RM1,199 – ditawarkan melalui telco serta gedung dalam talian dan 12GB+256GB dengan harga RM1,299. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Mecha Silver, Storm Titanium dan Warrior Pink.

Realme 14 Pro 5G

Realme 14 Pro 5G menggunakan paparan OLED dengan skrin bersaiz 6.77-inci, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan resolusi 2392 x 1080. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Dimenstiy 7300 Energy dan RAM 12GB. Menyertakan kapasiti bateri yang sama iaitu 6,000 mAh dan pengecasan pantas sehingga 45W.

Realme Pro 5G juga ditawarkan dengan dua pilihan storan iaitu 256GB dengan harga RM1,499 dan 512GB dengan harga RM1,799. Terdapat dua pilihan warna iaitu Pearl White dan Suede Grey.

Leave a Reply