Sony Interactive Entertainment telah berkongsi senarai permainan baharu yang akan disertakan di dalam Katalog PlayStation Plus iaitu penawaran khusus untuk pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe.
Permainan-permainan ini akan disertakan bermula 15 April 2025 dan berikut adalah permainan yang disertakan:
- Hogwarts Legacy
- Blue Prince (10 April)
- Lost Records: Bloom & Rage – Tape 2
- EA Sports PGA Tour (11 April)
- Battlefield 1
- PlateUp!
Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation VR2 dan PlayStation Classic – berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;
- Alone in the Dark 2
- War of the Monsters
PlayStation Plus ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe.
Bermula 16 April, Essential ditawarkan dengan harga RM35/sebulan, RM95/3 bulan dan RM285/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM155/3 bulan dan RM490/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM65/sebulan, RM185/3 bulan dan RM575/setahun.