Ubisoft telah mengumumkan yang Prince of Persia: The Lost Crown akan turut dilancarkan untuk iOS dan Android pada 14 April 2025. Permainan ini sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC dan Mac dan merupakan antara permainan terbaik pilihan kami bagi tahun 2024.
Prince of Persia: The Lost Crown merupakan permainan aksi pengembaraan 2.5D side-scrolling, ia juga mempunyai elemen metroidvania. Pemain akan menjadi Sargon di dalam misi untuk menyelamatkan Putera Ghassan yang diculik, Sargon perlu melawan dengan penjahat menggunakan pelbagai kuasa dan juga menyelesaikan tekaria yang ada.
Apabila ia dilancarkan kelak, ia boleh dimuat turun secara percuma untuk pemain cuba bahagian awal permainan ini.