Skip to main content

POCO telah melancarkan siri telefon mercu terbaru mereka iaitu F7 melalui dua model iaitu POCO F7 Ultra dan POCO F7 Pro dengan memfokuskan kepada spesifikasi tinggi tetapi dengan harga yang lebih berpatutan dengan ia ditawarkan dengan harga bermula RM2,299.

POCO F7 Ultra

POCO F7 Ultra hadir dengan skrin 6.67-inci, menggunakan panel AMOLED, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan resolusi 3200 x 1440. Bagi cip pemprosesan pula ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Elite.

Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu 12GB + 256GB dengan harga RM2,999 dan 16GB+512GB dengan harga RM3,299. Semasa penulisan ini, ia ditawarkan dengan harga promosi RM2,799 dan RM2,999. Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Yellow.

POCO F7 Pro

POCO F7 Pro hadir dengan skrin yang sama iaitu 6.67-inci, panel AMOLED, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan resolusi 3200 x 1440. Namun, ia dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3.

Ia juga hadir dengan dua varian iaitu 12GB + 256Gb dengan harga RM2,299 dan 12GB + 512GB dengan harga RM2,499 ataupun dengan harga promosi semasa iaitu RM2,099 dan RM2,199. Ia hadir dengan tiga pilihan warna aitu Black, Blue, dan Silver.

Anda boleh layari gedung rasmi POCO di Shopee atau Lazada dan juga mi.com untuk maklumat lanjut dan juga pembelian.

Leave a Reply