Skip to main content

Kehangatan kembalinya adiwira tempatan iaitu Keluang Man yang akan kembali ke layar perak melalui filem akan datang oleh Astro Shaw dikuatkan lagi dengan persembahan teater berdasarkan watak tersebut yang akan berlangsung bermula pada 24 April sehingga 27 April.

Penceritaan untuk teater ini adalah mengenai Borhan telah menjadi mangsa dendam kesumat Samsir sehingga menyebabkan dia telah dihantar ke hospital Tumpoi. Perkara ini semakin parah apabila Samsir mula mengganggu kumpulan pesilat Malaysia.

Barisan pelakon yang akan terlibat ialah Han Zalini membawa watak Borhan/Keluang Man, Christina Suzanne membawa watak Suri, dan Jay Iswazir membawa watak Samsir. Teater ini merupakan arahan dan juga karya Walid Ali.

Teater Keluang Man ini akan berlangsung di Studio Sedar Ruang dan jualan tiket sudah dibuka melalui laman Cloudjoi. Terdapat satu sesi bermula 24 April iaitu pada pukul 8.30 malam kecuali pada 27 April terdapat dua sesi aiitu pada pukul 3 petang dan 8.30 malam.

Harga tiket adalah RM48 untuk pembelian awal dan RM58 bagi harga biasa.

Leave a Reply