SOL Pictures telah berkongsi treler pertama untuk filem seterusnya oleh mereka iaitu Gayong yang melibatkan senarai pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip, dan Yayan Ruhian.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Gayong merupakan filem aksi, drama dan biografi mengenai kisah pengasas Silat Seni Gayong dari Perak iaitu Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman. Filem ini berlatabelakangkan era penjajahan dan penaklukan Jepun.
Filem ini akan tiba di pawagam seluruh negara mulai 8 Mei 2025.