Samsung telah bekerjasama dengan Moonton untuk menganjurkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang yang khusus untuk pelajar kolej dan juga universiti – Galaxy Gaming Academy Campus Series Mobile Legends Bang Bang.
Ini merupakan penganjuran buat julung kalinya dan akan melibatkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Filipina.
Kejohanan ini akan bermula dengan pusingan kelayakan mengikut negara yang bermula pada 25 April sehingga 18 Mei 2025. Peringkat Akhir Negara akan berlangsung mengikut tarikh seperti berikut:
- Malaysia: 17 – 18 Mei 2025
- Indonesia: 24 – 25 Mei 2025
- Singapura: 17 – 18 Mei 2025
- Filipina: 17 – 18 Mei 2025
Peringkat Akhir keseluruhan akan berlangsung di Indonesia pada 20 sehingga 22 Jun 2025 dan menawarkan hadiah terkumpul $40 ribu.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Game Portal oleh Samsung.