Skip to main content

Cristiano Ronaldo iaitu legenda bola sepak yang sedang bermain bersama dengan kelab di Arab Saudi, Al-Nassr telah mengumumkan yang beliau akan terlibat di dalam satu industri baharu iaitu filem. Melalui pengumuman di X, beliau akan menubuhkan studio filem iaitu UR.MARV bersama dengan Matthew Vaughn.

Matthew Vaughn merupakan pengarah untuk filem seperti ketiga-tiga filem Kingsman, X-Men: First Class, dan juga Kick-Ass. Pengumuman ini juga mengatakan yang projek sulung utnuk UR.MARV adalah trilogi filem aksi dengan pengumuman mengenai akan dilakukan kemudian.

Cristiano Ronaldo sebelum ini juga terlibat dengan permainan video dan bukan permainan simulasi bola sepak tetapi sebagai watak di dalam permainan pertarungan oleh SNK Corporation iaitu Fatal Fury: City of the Wolves.

Leave a Reply