Skip to main content

Paramount Pictures telah mengumumkan yang The Angry Birds Movie 3 akan ditayangkan pada 29 Januari 2027 iaitu lebih 6 tahun selepas filem kedua. Pengumuman ini juga dilakukan bersama dengan senarai pelakon suara yang akan terlibat.

Senarai ini memperlihatkan beberapa nama yang kembali daripada filem lepas seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, dan Rachel Bloom. Bersama dengan pelakon baharu seperti Emma Myers, Lily James, Tim Robinson dan Walker Scobell.

Filem The Angry Birds Movie yang pertama mengutip $325 juta tetapi jauh lebih rendah untuk filem kedua dengan kutipan $147 juta sahaja.

Leave a Reply