HoYoverse telah melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan Honkai: Star Rail iaitu versi 3.2 yang menggunakan judul “Through the Petals in the Land of Repose”. Kemaskini ini antara meneruskan penceritaan traiblazer dan juga hadirnya dua watak baharu iaitu Castorice dan Anaxa.
Dengan hilangnya Death Titan Thanatos dan juga kejatuhan yang mengejutkan Oronyx, Traiblazers akan mengembara bersama dengan Castorice iaitu waris untuk Chrysos ke bandar Styxia iaitu satu tempat yang sudah hancur dan tenggelam di dalam Sea of Souls. Pemain akan membuka misteri mengenai kisah silam berkait dengan Titans dan juga draconic calamity. Pengembaraan menjadi berbahaya apabila mereka berjumpa dengan Pollux iaitu satu makluk di River of Souls.
Watak baharu yang disertakan ialah Castorice (5-bintang) yang menggunakan Netherwing iaitu naga yang akan membakar dirinya sendiri tetapi akan menyerang penjahat menggunakan apinya. Apabila rakan sepasukan diserang, ia akan menjadi HP untuk Netherwing memperkuatkan lagi serangan Castrorice. Apabila Netherwing hampir ‘mati’ ia akan menarik serangan penjahat sebelum melepaskan api yang mencederakan penjahat dan menyembuhkan rakan sepasukan.


Manakala satu lagi watak baharu iaitu Anaxa (5-bintang). Serangan Anaxa akan secara rawak memberi kesan Weanesses kepada penjahat, selepas menyerang sejumlah penjahat, dia juga akan memasuki keadaan Qualitative Disclosure iaitu satu keadaan yang akan memperkuatkan lagi seranganya dan melakukan follow-up Skill Attack tanpa menggunakan Skill Points. Ultimate-nya akan melakukan serangan yang memberikan 7 Weaknesses kepada lawan.
Di pertengahan pertama Versi 3.2, acara Warp akan diperkenalkan, ia akan mengembalikan watak 5-bintang iaitu Fugue, Jiaoqiu, dan Acheron manakala Dr. Ratio akan kembali pada pertengahan kedua. HoYoverse juga mengumumkan Silver Wolf, Blade, Kafka, dan Jingliu akan menerima keseimbangan semula di versi 3.4 dengan pengumuman lanjut akan diumumkan kemudian.

Permainan ini juga akan menyambut ulang tahun kedua bulan ini, dan terdapat pelbagai acara dan ganjaran menanti pemain. Di versi ini akan disertakan “Festive Gifts” yang membolehkan pemain untuk mendapatkan 20 pulls secara percuma dengan log masuk harian. Pada 26 April iaitu hari ulang tahun pemain juga akan mendapat 1,600 Stellar Jades secara percuma bersama dengan pilihan watak Ruan Mei atau Luocha.
Honkai: Star Rail sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.