Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

South of Midnight

Tarikh Pelancaran: 8 April 2025
Platform: Xbox Series, PC

Permainan aksi pengembaraan oleh Compulsions Games dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios ini menjanjikan pengembaraan fantasi dengan dunia yang menyertakan gaya seni tanah liat dan stop motion. Ia juga mempunyai tatamain yang memfokuskan penggunaan magis yang dipanggil sebagai weaving, ia juga digunakan untuk bergerak dan menyelesaikan pelbagai tekaria.

Commandos: Origins

Tarikh Pelancaran: 9 April 2025
Platform: PlayStation, Xbox, PC

Siri permainan strategi ketenteraan yang diminati ramai kembali dengan permainan baharu. Selain mengekalkan elemen-elemen yang menjadikan Commandos permainan legenda seperti strategi dan penyelinapan, Origins ini juga membawa pembaharuan yang memberikan kepuasan untuk pemain lama dan juga yang baru ingin mengenali siri permainan ini.

Into the Dead: Our Darkest Days

Tarikh Pelancaran: 9 April 2025
Platform: PC

Bagi yang tercari-cari permainan ketahanan hidup yang baharu, Into the Dead: Our Darkest Days dilancarkan secara akses awal yang memberikan bukan sahaja elemen permainan ketahanan hidup tetapi juga digandingkan dengan tatamain secara side-scroller dengan pemain perlu menyelamatkan diri di dalam dunia yang dipenuhi zombi.

Blue Prince

Tarikh Pelancaran: 10 April 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan yang menggabungkan strategi, misteri dan tekaria ini telah dikatakan permainan yang berpotensi untuk menjadi permainan terbaik tahun ini, terutama bagi kategori indie. Di dalam permainan ini, pemain akan melalui setiap hari dengan memilih satu bilik dan perlu menggunakan segala peralatan yang terdapat di dalam bilik tersebut. Bilik ini juga akan berubah mengikut hari.

The Talos Principle: Reawakened

Tarikh Pelancaran: 10 April 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Semasa permainan ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2014 ia telah menjadi sebutan ramai dengan tatamain tekaria yang mencabar, selain itu ia juga menyertakan penceritaan yang akan membuatkan pemain berfikir. Selang beberapa tahun kemudian, permainan telah ‘dihidupkan semula’ dengan versi penambah-baikkan yang bukan sahaja menyampaikan grafik lebih baik tetapi juga peningkatan tatamain dan tambahan penceritaan.

Leave a Reply