Skip to main content

Michael Sarnoski iaitu pengarah dan juga penulis untuk filem A Quiet Place: Day One dilaporkan akan mengarah dan juga menulis untuk filem yang mengadaptasi permainan oleh Kojima Productions iaitu Death Stranding.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengarah permainan tersebut iaitu Hideo Kojima melalui perkongsiannya di laman media sosial X.

A24 dan Kojima Productions sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan filem aksi nyata berdasarkan permainan yang baru-baru ini telah mencecah 20 juta pemain dan permainan susulan iaitu Death Stranding 2: On The Beach akan tiba pada 26 Jun 2025.

Michael Sarnoski buat masa ini sedang di fasa pasca-produksi untuk filem The Death of Robin Hood yang juga kerjasama bersama dengan A24 dan Hugh Jackman membawa watak terkenal di dalam pop culture iaitu Robin Hood.

Leave a Reply