Skip to main content

Apple TV+ telah melancarkan promosi baharu iaitu harga langganan RM7.90 sebulan untuk tiga bulan pertama bermula hari ini untuk pelanggan baharu ataupun akaun sedia ada yang tidak mempunyai langganan aktif. Tawaran ini boleh didapatkan sehingga 24 April 2025.

Promosi ini tidak boleh ditebus bagi pelanggan yang mempunyai tawaran tiga bulan percuma atau langganan sedia ada yang dibayar melalui pihak ketiga ataupun telco.

Ini merupakan satu tawaran yang menarik terutama bagi yang ingin menonton kandungan-kandungan seperti Severance yang baru sahaja menamatkan musim keduanya, ataupun siri The Studio yang sedang disiarkan lagi dan juga filem-filem menarik seperti Napoleon dan Killers of the Flower Moon.

Apple TV+ di luar waktu promosi ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Anda boleh dapatkan harga promosi ini melalui pautan berikut.

Leave a Reply