LaLaport BBCC telah mengumumkan yang Capcom buat pertama kalinya di Malaysia akan membuka Pop-Up Store. Ia akan dibuka bermula 17 sehingga 20 April 2025.
Acara selama empat hari ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan eksklusif dan juga mengenali jenama Capcom dengan lebih mendalam.

Pop-up Store ini akan dibuka di Tingkat Bawah, Main Atrium, LaLaport BBC bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Kedai dan acara ini dianjurkan oleh Justdan dengan sokongan Visit Malaysia 2026. Dengan kedai ini dibuka selama 4 hari sahaja, jangan terlepas peluang untuk mengunjunginya.