Skip to main content

Nintendo hari ini melalui Nintendo Direct yang khusus untuk pengumuman Nintendo Switch 2, dan telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 5 Jun 2025 dengan harga $449 di pasaran Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain.

Manakala berdasarkan laman rasmi Nintendo Malaysia, Nintendo Switch 2 dijangka tiba secara rasmi di negara ini pada suku ketiga iaitu bulan Julai sehingga September 2025. Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan harga.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang akan menyediakan perkhidmatan dalam talian seperti Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online secara rasmi tetapi tidak dinyatakan sama ada akan dilancarkan bersama dengan Nintendo Switch 2, lebih awal ataupun pada tarikh yang kemudian.

Di pengumuman Nintendo Direct juga telah diumumkan yang Nintendo Switch akan menggunakan paparan 7.9-inci, LCD, 1080p dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Apabila dimainkan di TV menggunakan dermaga, ia juga menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS. Ia juga hadir dengan storan dalaman 256GB.

Nintendo juga mengatakan yang Nintendo Switch 2 akan menerima tiga jenis permainan, permainan Nintendo Switch yang turut boleh dimainkan di konsol baharu ini, permainan yang dipertingkatkan khusus untuk Nintendo Switch 2 dan permainan yang dilancarkan secara eksklusif untuk konsol ini sahaja.

Leave a Reply