Skip to main content

Bandai Namco ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Patapon 1+2 Replay iaitu koleksi untuk versi penambah-baikkan bagi permainan Patapon akan dilancarkan pada 11 Julai 2025 untuk PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC.

Patapon dan Patapon 2 versi penambah-baikkan sebelum ini sudah dilancarkan untuk PlayStation 4 dan melalui berkas ia ditawarkan secara bersama dan dilancarkan untuk lebih banyak platform. Selain itu, ia juga menerima fungsi untuk menjadikan ia lebih mudah termasuk juga dengan tiga tahap kesukaran.

Patapon merupakan permainan irama yang dibangunkan oleh Japan Studio di bawah Sony Interactive Entertainment sebelum ditutup pada tahun 2021.

Leave a Reply