Skip to main content

SEGA dan Atlus ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Raidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army akan dilancarkan pada 19 Jun 2025 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Ia merupakan versi penambah-baikkan untuk permainan Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army yang dilancarkan pada tahun 2006. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Raidou Kuzunoha XIV iaitu seorang Devil Summoner yang mempunyai kuasa untuk melawan dengan iblis dan juga menggunakan mereka di dalam pertempuran.

Dia ditugaskan untuk melindungi Captial daripada serangan iblis dan menyamar menjadi seorang detektif untuk Narumi Detective Agency dan berusaha untuk menyelesaikan pelbagai kes yang berkait dengan iblis.

Versi ini akan mengekalkan penulisan dan watak tetapi dengan peningkatan visual, tatamain dan juga setiap dialog kini mempunyai lakonan suara.

Leave a Reply