Spike Chunsoft ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan permainan seterusnya untuk siri AI: The Somnium Files iaitu No Sleep For Kaname Date – From AI: The Somnium Files akan dilancarkan pada 25 Julai 2025 untuk Nintendo Switch dan juga PC.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Kaname Date yang sedang menyiasat dan juga cuba untuk menyelamatkan seorang idol iaitu Iris yang sedang diperangkap di dalam escape game yang merbahaya. Dia akan mendapat bantuan daripada AI-Ball, Aiba.
Permainan ini akan membawa kembali tatamain “Investigation” dan “Somnium” tetapi dengan tambahan “Escape” yang memerlukan pemain untuk menyelesaikan tekaria bagi menyelamatkan diri daripada sesuatu bilik. Pemain perlu menyelesaikan tiga tatamain ini untuk mendapatkan petunjuk bagi menyelesaikan kes ini.