Ketika acara Nintendo Direct hari ini, Nintendo telah mengumumkan sistem Kad Permainan Maya ataupun Virtual Card Game. Melalui sistem ini, permainan digital kini berfungsi seperti mempunyai kartrij permainan fizikal, anda boleh bermain permainan tersebut di konsol lain yang anda miliki dan juga dipinjamkan kepada keluarga atau rakan.


Jika anda ingin bermain permainan digital di Nintendo Switch yang lain, anda hanya perlu “eject” Kad Permainan Maya bagi permainan tersebut dan memuatkannya ke konsol lain, proses ini akan memerlukan sambungan internet tetapi untuk proses awal ini sahaja. Permainan yang dimuat ke dalam konsol akan terus kekal sehinggalah di-eject semula.
Selain itu, anda juga boleh memberi pinjam permainan tersebut kepada rakan ataupun ahli keluarga yang berada di dalam Family Group iaitu sehingga 8 akaun berbeza. Jika anda ingin menggunakan fungsi ini, Nintendo Switch peminjam perlu berada berdekatan untuk proses peminjaman.


Satu akaun boleh diberi satu permainan sahaja pada satu masa, dan satu permainan kepada satu akaun sahaja. Mereka juga hanya boleh meminjam selama 14 hari sebelum permainan tersebut akan “dipulangkan” semula kepada pemilik asal.
Fungsi ini akan tiba melalui kemaskini sistem operasi pada lewat bulan April ini.