Apple telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) pada 10 Jun ini di Apple Park. Selain itu, aktiviti tambahan secara dalam talian juga berlangsung sehingga 14 Jun 2025.

Seperti tahun-tahun lepas, WWDC25 akan memperlihatkan perkara-perkara baharu untuk perisian Apple dengan iOS 19 bersama dengan sistem operasi untuk peranti lain akan diumumkan. Tambahan itu, acara ini juga akan menjadi tempat untuk pembangun-pembangun berkongsi hasil kerja mereka.
Walaupun anda bukan pembangun, anda boleh mengikuti perkongsian semasa WWDC ini melalui penstriman langsung melalui laman ini.