Skip to main content

Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka sedang menghasilkan siri aksi nyata berdasarkan Scooby-Doo dan akan melalui pentafsiran semula secara moden.

Di dalam siri ini, dua orang sahabat Shaggy dan Daphen akan bersama dengan dengan Velma dan juga Fred untuk menyelesaikan misteri mengenai seekor anjing yang menjadi saksi kepada pembunuhan yang supernatural.

Buat masa ini senarai pelakon masih tidak diumumkan tetapi skrip untuk episod pertama akan ditulis oleh Josh Appelbaum dan Scott Rosenberg. Mereka sebelum ini bersama untuk siri Life on Mars dan Zoo.

Maklumat lanjut mengenai siri ini masih tidak diumumkan lagi.

Leave a Reply