Skip to main content

Wargaming telah mengumumkan yang World of Tanks akan melakukan kolaborasi dengan siri anime Girls und Panzer untuk hadir dengan kandungan baharu termasuk juga kereta kebal, krew, dan juga pelbagai kosmetik yang lain. Ia akan memfokuskan kepada kandungan berdasarkan St. Gloriana Girls’ College iaitu salah satu sekolah di dalam siri tersebut.

Bermula pada 25 Mac sehingga 3 April, pemain berpeluang untuk mengetuai krew-krew baharu daripada kolej tersebut yang juga akan menyertakan lakonan suara daripada pelakon asal bahasa Jepun. Tambahan pada itu, pemain juga mengaktifkan perbincangan secara dinamik dengan ahli pasukan.

Pemain juga boleh dapatkan dua kenderaan premium berdasarkan siri ini iaitu Tier VI Premium Churchill St. Gloriana dan Tier VII Premium Centurion St. Gloriana yang mempunyai gaya Sensha-Do.

Bersama dengan kandungan baharu ini, tiga pasukan dari kolaborasi sebelum ini juga kembali iaitu Oarai Girls’ High School, Kuromorimine Girls’ High School dan Jatkosota High School dengan pemain boleh jangkakan Pz.Kpfw. IV Ausf. H Ankou, BT-42 Jatkosota HS, dan Tiger II Kuromorimine akan kembali.

Sepanjang acara ini, pemain boleh melakukan pelbagai misi untuk mendapatkan token Girls und Panzer yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai barangan kosmetik acara ini termasuk juga decals, emblems, dan juga suara untuk komander.

World of Tanks sudah dilancarkan untuk konsol, PC dan telefon pintar.

Leave a Reply