Level Infinite telah mengumumkan yang kejohanan Honor of Kings League Malaysia akan bermula secara rasmi pada 18 April ini. Kejohanan ini akan melibatkan lapan pasukan iaitu empat pasukan yang dijemput dan empat lagi pasukan yang melayakkan diri melalui pusingan kelayakan.
Berikut merupakan lapan pasukan yang akan terlibat:
- Black Shrew Esport
- Nova Esport
- Team Secret
- Todak
- O2 Esports
- All Gamers Global
- DTE Gaming
- Enigma

Kelapan-lapan pasukan akan bertanding untuk merebut tiga slot bagi melayakkan diri ke Honor of Kings World Cup yang akan berlangsung bersama dengan Piala Dunia Esukan di Riyadh, Arab Saudi sekitar bulan Julai ini.