Primeworks Studios hari ini akhirnya berkongsi treler rasmi untuk filem 6 Jilake iaitu filem arahan Aziz M. Osman dengan senarai pelakon seperti Amerul Affendi, Saiful Apek, Bell Ngasri, Remu Ishak, Kazar Saisi, dan Asmidar.
Filem ini berlaku pada abad ke-18 ketika Syarikat Hindia Timur Belanda menguasai lombong bijih timah di Perak. Enam lelaki dengan latar belakang dan kepakaran yang berlainan terlibat di dalam satu misi berani mati. Selain daripada mereka tidak serasi, mereka juga terpaksa melalui sesuatu yang lebih besar daripada jangkaan.
Filem ini akan tiba di pawagam pada 24 April 2025.