PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka akan meneruskan kerjasama dengan kumpulan muzik MASDO iaitu kumpulan di bawah Warner Music Malaysia, untuk hadir dengan lagu kedua yang akan tiba bersempena dengan Merdeka bulan Ogos ini.

Mereka sebelum ini bekerjasama untuk lagi “Bertemu Kembali” bersempena dengan kejohanan PUBG Mobile Super League (PMSL) SEA Sprin 2025 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition Centre pada 14 Mac lepas yang memperlihatkan pasukan Malaysia CelcomDigi Alliance dan SEM9 berada di tempat ketiga dan kelima.
Ia juga baru sahaja menerima video muzik rasmi yang anda boleh tonton di bawah.
Selain itu, kerjasama ini juga akan menyertakan Pek Suara MASDO yang akan menyertakan suara Ali, Mawi dan Ceri akan disertakan di dalam permainan. Lagu “Bertemu Kembali” juga akan di dalam PUBG Mobile secara kekal dan percuma untuk kesemua pemain.