Skip to main content

Warner Bros telah berkongsi treler pertama untuk Final Destination Bloodlines yang akan meneruskan penceritaan Final Destination dan menjanjikan pelbagai cara lagi untuk berlakunya kematian.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Ia merupakan filem keenam di dalam francais ini dan tiba 14 tahun selepas filem terakhir iaitu Final Destination 5. Treler juga memperlihatkan bagaimana sekeluarga menjadi buruan Kematian kerana nenek mereka sepatutnya mati sewaktu muda lagi.

Seperti diperlihatkan sebelum ini, Tony Todd akan kembali sebagai William Bludworth. Beliau meninggal dunia pada bulan November tahun lepas.

Final Destination Bloodlines akan ditayangkan pada 16 Mei 2025.

Leave a Reply