Skip to main content

Lebih setahun selepas The Beekeeper, Jason Statham berganding sekali dengan David Ayer untuk filem seterusnya mereka berdua iaitu A Working Man, jika anda membaca ulasan saya untuk The Beekeeper, filem ini juga mempunyai masalah yang sama tetapi juga menyelesaikan beberapa masalah yang menjadikan filem ini sedikit lebih baik, namun bukanlah satu filem yang akan menjadi ingatan ramai ataupun menjadi filem aksi klasik.

Di dalam filem ini, Jason Statham membawa watak Levon Cade iaitu bekas tentera UK yang sekarang bekerja sebagai buruh di Amerika Syarikat. Selepas Jenny iaitu anak perempuan kepada bosnya telah diculik, dia kembali menggunakan kemahirannya dan juga memanggil kenalan lamanya untuk mencari dan memastikan Jenny dapat diselamatkan. Dengan kata lain, ia adalah satu penceritaan ringkas sahaja dan mudah untuk dijangkakan.

Penceritaan secara amnya saya boleh katakan masih lagi menarik untuk diikuti tetapi dengan satu permasalahan utama iaitu filem ini adalah mengenai penculikan akan tetapi Levon Cade boleh dikatakan mengambil masa untuk menyelamatkan. Dia melakukan sesuatu untuk mencari identiti penculik tersebut akan tetapi kurangnya kesegeraan di dalam dia melakukan perkara tersebut sangat bermasalah untuk saya. Jika filem ini tidak menjadikan penculikan sebagai bahagian penting plot, ia bukanlah satu masalah.

Jika perkara ini tidak menjadi masalah, bahagian-bahagian lain filem ini boleh dikatakan baik-baik sahaja. Adegan-adegan aksi juga dilakukan dengan baik, walaupun terdapat beberapa bahagian yang dipotong tetapi ia tidak terlalu kerap ataupun jelas. Masih adalah lagi adegan-adegan ganas yang memberi kepuasaan untuk yang menyukai aksi ganas. Saya cuma ada masalah dengan penyampaian sesetengah bahagian yang membuatkan filem ini terasa janggal, contohnya penggunaan color grading yang tidak konsisten.

Satu masalah yang saya nyatakan di dalam The Beekeper, tiadanya watak tambahan yang menarik. Bagi filem ini ia bukan masalah kerana terdapat beberapa watak yang disampaikan dengan baik dan menjadi nilai tambahan untuk filem ini. Antaranya ialah Jenny sendiri, walaupun dia diculik tetapi masih diberi ruang untuk tidak sekadar menjadi damsel in distress. Watak penjahat pula ada yang menarik walaupun kebanyakannya adalah cliche ataupun digayakan secara berlebihan.

Akhir kata, Jason Statham dan David Ayer meneruskan formula filem mereka yang walaupun baik-baik sahaja untuk tontonan tetapi sedikit mengecewakan kerana ia tidak membawa sesuatu baharu terutama daripada pengarah yang menulis filem Training Day dan mengarah Fury. Filem ini cukup ganas dan mempunyai adegan aksi yang memuaskan akan tetapi ia tidak lebih daripada itu.

A Working Man
Jason Statham dan David Ayer meneruskan formula filem mereka yang walaupun baik-baik sahaja untuk tontonan tetapi sedikit mengecewakan kerana ia tidak membawa sesuatu baharu terutama daripada pengarah yang menulis filem Training Day dan mengarah Fury.
Positif
Adegan aksi yang memuaskan
Negatif
Penceritaan tidak mengambarkan keadaan semasa
Penyampaian yang jangal
6

Leave a Reply

Final Score