Skip to main content

Bethesda telah mengumumkan yang permainan pengembaraan Indiana Jones and the Great Circle akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 17 April 2025 selepas dilancarkan untuk Xbox Series dan PC sebelum ini.

Mereka juga berkongsi video pengumuman yang melibatkan Troy Baker iaitu pelakon suara untuk Indiana Jones bersama dengan Nolan North yang merupakan pelakon suara bagi Nathan Drake di dalam permainan Uncharted.

Penceritaan untuk permainan ini akan berlaku pada tahun 1937 iaitu di antara filem Raiders of the Lost Ark dan The Last Crusade dan memfokuskan mengenai satu kuasa misteri iaitu Great Circle. Watak Indiana Jones akan dibawa oleh Troy Baker tetapi model watak masih mengekalkan Harrison Ford.

Indiana Jones and the Great Circle merupakan permainan kedua terbaik bagi tahun 2024 mengikut pilihan kami – 10 Permainan Terbaik Tahun 2024.

Leave a Reply