Skip to main content

Moonton telah mengumumkan MPL Malaysia Musim Ke-15 akan bermula secara rasmi pada 19 April ini, dan ia juga akan kembali dianjurkan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Musim ini akan menggunakan tagline “Pentas Kebanggaan” bagi menggambarkan ekosistem MPL Malaysia yang melibatkan atlit, jurulatih, caster, pencipta kandungan, peminat dan lain-lain.

Pasukan-pasukan yang akan terlibat bagi musim ini adalah seperti berikut:

  • Selangor Red Giants OG Esports (SRG)
  • Homebois (HB)
  • TODAK (TDK)
  • Team Vamos (VMS)
  • JP Niners
  • Monster Vicious (MV)
  • Team Rey (TR)
  • AERO Esports (AERO)*
  • DX Soul (DXS)**
  • Ocean Black (OB)**

*AERO Esports sebelum ini dikenali sebagai RED Esports.

**Dua pasukan dari Liga Akademi MLBB iaitu Young and Dangerous dan Miracle Gaming menggunakan nama pasukan DX Soul dan Ocean Black.

Seperti musim-musim lepas, MPL Malaysia musim ini juga akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Regular Season dan Playoff. Regular Season akan bermula pada 19 April dan berlanjutan sehingga 25 Mei. Manakala peringkat Playoff dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada 30 hingga 31 Mei dan 14 sehingga 15 Jun kerana Hari Raya Aidiladha.

Moonton juga telah mengumumkan kerjasama dengan jenama Infinix untuk menjadi telefon rasmi dengan kejohanan ini akan menggunakan Infinix GT 20 Pro. Selain itu, Infinix juga telah mengumumkan menjadi penaja untuk dua pasukan iaitu Homebois dan Ocean Black.

Leave a Reply