Skip to main content

Kita sudah memasuki minggu terakhir bulan Ramadan, dengan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut sama ada pada 31 Mac ataupun 1 April, dengan musim raya ini, satu yang pasti adalah ramai yang akan pulan ke kampung untuk berjumpa dengan sanak saudara. Walaupun, hari raya ini seharusnya diisi dengan menziarahi keluarga, saudara dan rakan-rakan tetapi mungkin ada masa terluang yang boleh digunakan untuk bermain permainan video.

Melalui artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 permainan menarik yang menyokong fungsi koperasi setempat untuk anda bermain bersama dengan keluarga ataupun rakan-rakan.

1. Split Fiction

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Agar sukar untuk melakukan senarai permainan koperasi tanpa bermula dengan permainan yang sedang hangat sekarang iaitu Split Fiction, permainan yang dibangunkan oleh Hazelight Studios khusus untuk dimainkan secara koperasi. Selain menyertakan tatamain yang menarik, dengan cabaran tersendiri, permainan ini juga menyertakan penceritaan yang mempunyai mesej yang baik.

Alternatif: It Takes Two, A Way Out, Brothers: A Tale of Two Sons

2. Mario Kart 8 Deluxe

Platform: Nintendo Switch

Tidak mengejutkan Mario Kart 8 Deluxe merupakan permainan terlaris bagi Nintendo Switch dengan setakat ini telah terjual melebih 67 juta unit, ia adalah kerana tatamain yang disediakan tidak pernah lapuk dan sentiasa satu permainan yang sangat menyeronokkan untuk dimainkan tidak kira bersama ataupun melawan pemain-pemain yang lain lain.

Alternatif: Crash Team Racing Nitro-Fueled, Team Sonic Racing, Hot Wheels Unleashed 2

3. Super Smash Bros. Ultimate

Platform: Nintendo Switch

Satu lagi permainan yang boleh dianggap sebagai wajib dimiliki untuk pemilik-pemilik Nintendo Switch, Super Smash Bros. Ultimate bukan sahaja menyertakan tatamain yang menarik, boleh dikatakan terbaik untuk permainan brawler ditambah lagi dengan kesemua watak yang ditawarkan di dalam permainan ini. Ia sudah semestinya satu permainan yang mempunyai kandungan tanpa had.

Alternatif: Brawlhalla, MultiVersus, GigaBash

4. Super Mario Party Jamboree

Platform: Nintendo Switch

Ini merupakan permainan ketiga yang eksklusif untuk Nintendo Switch tetapi kami berjanji ia yang terakhir, ini adalah kerana agak sukar untuk melakukan senarai permainan koperasi tanpa menyertakan permainan oleh Nintendo termasuk juga Super Mario Party dan versi terbarunya Jamboree. Ia membawa tatamain seperti board games tetapi dengan keunikan dan juga fungsi yang lebih interaktif.

Alternatif: Super Mario Party, Mario Party Superstars, The Jackbox Party Pack, Monopoly 2024

5. EA Sports FC 25

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Jika bercakap mengenai permainan simulasi sukan, walaupun dengan pelbagai masalah, EA Sports FC ataupun sebelum ini dikenali sebagai FIFA masih lagi permainan terbaik di dalam genre ini, tambahan lagi melalui permainan terbarunya iaitu EA Sports FC 25. Permainan ini juga menyertakan pelbagai mod untuk sesi bermain dengan beberapa orang pemain pada satu masa, memberi peluang untuk anda memperlihatkan kemahiran selepas melalui Ultimate Team.

Alternatif: EA Sports FC 24, eFootball, NBA 2K25

7. WWE 2K25

Platform: PlayStation, Xbox, PC

Saya boleh katakan yang permainan simulasi gusti merupakan antara permainan yang mempunyai nostalgia saya membesar melalui permainan seperti WWF Smackdown, WWE Smackdown vs Raw dan pelbagai lagi. Bagi sekarang, permainan tersebut dikenali sebagai WWE 2K dah masih membawa keseronokan bermain yang sama dan pemain terbaru untuknya adalah WWE 2K25.

Alternatif: WWE 2K24, AEW Fight Forever

6. Overcooked 2

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Walaupun dilancarkan hampir 7 tahun yang lalu, Overcooked 2 masih lagi satu permainan yang penting di dalam genre permainan koperasi, dan terus menjadi permainan yang akan memberi keriangan dan juga boleh membawa pergaduhan. Jika anda ingin menguji persahabatan ataupun perhubungan keluarga, permainan ini sudah semestinya boleh dicuba.

Alternatif: Moving Out, Tools Up!, Unrailed

8. Keep Talking and Nobody Explodes

Platform: PlayStation, Xbox, PC, iOS, Android, VR

Satu lagi permainan klasik koperasi dan ia sedikit berlainan kerana seorang sahaja pemain yang akan mengawal di konsol ataupun PC, dengan pemain lain perlu merujuk kertas rujukan untuk memastikan dapat mengelak daripada bom meletup. Pemain di skrin akan memberitahu apa yang dia lihat seperti simbol, nombol ataupun huruf dan pemain lain akan membantu untuk memberikan arahan yang sepatutnya.

Alternatif: Solve it or Boom!

9. Stardew Valley

Walaupun dengan lambakan permainan berkebun, akan tetapi Stardew Valley terus menjadi permainan utama ataupun permainan penting di dalam genre ini. Permainan ini lebih popular sebagai permainan solo, tetapi tahukah anda, ia juga merupakan permainan yang boleh dimainkan secara koperasi sehingga 4 pemain di PlayStation, Xbox, dan PC manakala di Nintendo Switch sehingga 2 pemain.

10. Castle Crashers

Platform: PlayStation, Xbox, PC, Nintendo Switch

Dilancarkan pertama kali pada tahun 2008, hampir 18 tahun kemudian, ia masih lagi satu permainan yang saya kembali jika ingin mencari permainan koperasi untuk bermain bersama. Ia merupakan permainan side-scrolling beat ’em up tetapi juga menyertakan beberapa lagi elemen RPG untuk menjadikannya lebih menarik. Selain itu, terdapat juga permainan-mini yang menjadikannya lebih menyeronokkan.

Alternatif: Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge, Scott Pilgrim vs. The World: The Game Cuphead

Leave a Reply