Skip to main content

PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka menyambut ulang tahun ketujuh untuk permainan tersebut dengan bekerjasama dengan kumpulan K-Pop Babymonster. Acara kolaborasi ini bermula sekarang sehingga 6 Mei 2025.

Melalui kerjasama ini, fungsi yang bertemakan Babymonster akan disediakan di peta Erangel dan juga peta baharu permainan ini iaitu Rondo – antaranya bas bertemakan kumpulan tersebut yang juga akan menyertakan mesej khas daripada mereka.

Selain itu, terdapat juga ruangan bergambar yang mempunyai rekaan berdasarkan Babymonster untuk pemain bergaya sambil mencipta kenangan dan juga untuk mendapatkan ganjaran yang menarik. Tambahan itu, pemain juga boleh mengayakan pemain kaset Babymonster untuk mendengar lagu-lagu popular daripada mereka, melakukan tarian “DRIP” dan juga Sketch Space Gifts daripada mereka.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply