Skip to main content

Remedy Entertainment telah berkongsi treler tatamain baharu untuk FBC: Firebreak iaitu permainan FPS koperasi mereka yang berlaku di dalam dunia Control. Mereka masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran yang tetap tetapi mengatakan ia akan tiba lewat suku kedua atau suku ketiga tahun ini.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi sebahagian daripada Firebreak iaitu skuad di dalam Federal Bureau of Control (FBC) yang ditugaskan untuk menghapuskan ancaman yang hadir di pejabat FBC. Ia akan dimainkan secara koperasi dengan 2 lagi pemain.

FBC: Firebreak akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.

Leave a Reply