Skip to main content

Level Infinite telah mengumumkan acara kolaborasi di antara permainan Honor of Kings mereka dan siri manga serta anime popular iaitu Jujutsu Kaisen kembali untuk fasa kedua, ia sudah bermula dan akan berlangsung sehingga 19 April 2025.

Melalui kolaborasi ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum-kostum berdasarkan Jujutsu Kaisen seperti berikut:

  • Sima Yi – Megumi Fushiguro
    • 27 Mac – 19 April
    • Boleh didapatkan melalui cabutan masa terhad
  • Lady Sun – Nobara Kugisaki
    • 20 Mac – 19 April
    • Boleh didapatkan melalui cabutan masa terhad
  • Guiguzi – Cathy
    • 20 Mac – 16 April
    • Selesaikan acara Puzzle Event Jujutsu Kaisen untuk dapatkannya secara percuma

Selain itu, pemain juga boleh dapatkan kesan Background berdasarkan Megumi Fushiguro melalui cabutan masa terhad bermula sekarang sehingga 19 April.

Honor of Kings juga akan menerima dua fasa mod permainan berdasarkan siri ini iaitu:

  • Fasa 1: Cursed Spirit Crusade (20 Mac – 31 Mac)
  • Fasa 2: Cursed Spirit Dreamscape Showdown (1 April – 17 April)

Terdapat juga pelbagai misi dan ganjaran menarik untuk didapatkan, antara Jujutsu Coins bermula pada 21 Mac sehingga 3 April, pemain boleh dapatkan Coins dengan bermain perlawanan 5 lwn 5. Boleh bermain sehingga 12 perlawanan untuk mendapatkan 4 Coin untuk ditebus dengan ganjaran menarik.

Pemain juga boleh log masuk pada 20 sehingga 23 Mac atau 27 sehingga 30 Mac untuk mendapat avatar, pelekat dan friendship tools. Terdapat pelbagai lagi ganjaran lain, yang anda boleh baca secara lanjut di dalam permainan.

Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply