Skip to main content

Moonton mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Magic Chess: Go Go (MCGG) yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari lepas telah dimuat turun sebanyak 15 juta kali. Ia dilancarkan di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.

MCGG merupakan permainan auto battler yang dibangunkan oleh Moonton berdasarkan mesta Mobile Legends: Bang Bang. Dengan pemain boleh menggunakan hero-hero yang mereka kenali dengan tatamain yang berbeza.

Baru-baru ini, kejohanan esukan pertama iaitu Magic Chess: Go Go Indonesia Community Tournament (MCCT ID) juga berlangsung dengan jayanya pada 16 Mac lepas.Kejohanan ini berlangsung secara dalam talian dan pemenang membawa pulang hadiah tunai $2000.

Leave a Reply