Fallout 76 telah menerima kemaskini percuma iaitu Ghoul Within, yang antaranya membolehkan pemain untuk bermain sebagai Ghoul. Pemain yang telah mencapai tahap ke-50 boleh mengubah watak untuk menjadi Ghoul yang akan memberi pengalaman baharu.
Sebagai Ghoul, interaksi pemain dengan NPC lain akan menjadi berbeza, tetapi jika perlu pemain juga boleh menyembunyikan sifat Ghoul untuk kembali berinteraksi seperti biasa. Antara kelebihan Ghoul adalah ia imun dengan kesan radiasi, selain itu ia juga tidak lagi mempunyai kesan lapar dan dahaga, sebaliknya digantikan dengan Feral.
Bagi watak yang sudah bertukar menjadi Ghoul, mereka boleh kembali menjadi manusia tetapi sekali sahaja dan pemain perlu membeli token di Atomic Shop untuk bertukar menjadi Ghoul semula. Bersama dengan kemaskini ini, musim baharu juga bermula iaitu Musim 20: Glow of the Ghoul.
Fallout 76 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Ia juga ditawarkan melalui Game Pass dan PlayStation Plus Extra.