ASUS telah mengumumkan model tambahan untuk penawaran ROG Phone 9 mereka iaitu ROG Phone 9 FE yang ditawarkan dengan harga lebih rendah iaitu RM2,999 berbanding model lain yang ditawarkan dengan harga bermula RM3,999.

Bagi membolehkan ia ditawarkan dengan harga yang lebih murah ROG Phone 9 FE dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 berbanding iaitu cip yang sama digunakan untuk ROG Phone 8. ROG Phone 9 yang lain menggunakan Snapdragon 8 Elite.

Manakala untuk paparan, ia hadir saiz skrin dengan 6.78-inci, LTPO AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 185Hz. Ia menggunakan resolusi 2400 x 1080 dan kadar kecerahan sehingga 2500 nits.
Selain itu, ia dilengkapi dengan RAM sebesar 12GB dengan storan 256GB. Bagi bateri ia menyertakan kapasiti 5,500 mAh iaitu lebih kecil berbanding ROG Phone 9 yang lain tetapi masih menyokong pengecasan pantas 65W.