Tourism New Zealand telah bekerjasama dengan Mojang Studios dan juga Warner Bros untuk menerbitkan DLC untuk Minecraft, DLC ini adalah berdasarkan lokasi-lokasi menarik di New Zealand.

DLC ini dihasilkan bersempena dengan filem A Minecraft Movie yang penggambaran untuknya dilakukan di negara tersebut. Enam lokasi menarik New Zealand telah dihasilkan semula di dalam Minecraft iaitu seperti Abel Tasman, Tekapo dan juga Waltomo.
Anda sudah boleh muat turun DLC ini iaitu ‘Aotearoa New Zealand DLC’ melalui Minecraft Marketplace. Ini merupakan DLC berdasarkan lokasi pertama yang diterbitkan. A Minecraft Movie akand ditayangkan pada 3 April 2025.