Skip to main content

Netflix telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan filem terbaru oleh Adrian Teh iaitu Reversi bermula pada 19 April 2025.

Filem cereka sains romantik ini memfokuskan kepada Akid lakonan Beto Kusyairy yang mempunyai kebolehan untuk kembali ke masa silam, akan tetapi di dalam cubaannya untuk memperbetulkan satu tragedi, keadaan realiti menjadi semakin rosak.

Filem ini juga melibatkan senarai pelakon seperti Shiqin Kamal, Vanida Imran, Zahiril Adzim, Hasnul Rahmat, Qi Razali, dan Azhan Rani.

Reversi mendapat reaksi yang positif termasuk juga merupakan 10 Filem Terbaik Tahun 2024 oleh kami, akan tetapi tidak mendapat sambutan yang baik di pawagam dan sekadar mengutip lebih kurang RM1 juta sahaja.

Leave a Reply